21 Ogos 2008

Salam untuk semua pembaca


Assalamualaikum...

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat bertemu di dunia blog kepada semua warga maya...
Hari ini merupakan hari bersejarah bagi saya kerana hasrat hati yang sekian lama terpendam iaitu ingin mempunyai sebuah blog akhirnya termakbul juga...Bukan apa tetapi kerana masa yang terbatas dek kesibukan seharian bekerja dan lain-lain perkara yang menghalang...Cemburu juga rasanya melihat orang lain ramai yang telah mempunyai blog dan mereka bebas memperkatakan apa saja di dalam blog mereka..

Walau bagaimanapun di dalam blog ini, saya akan mengkhususkan perbincangan dan perbicaraan berkaitan bidang pendidikan iaitu satu bidang yang amat relevan dan sebati dengan jiwa saya. Namun begitu jika ada isu-isu semasa yang menarik untuk dikongsi bersama, saya akan cuba menyentuhya juga..

Selain itu sebagai satu khidmat mempromosi bandar Taiping dan kawasan sekitarnya, maka saya akan turut membincangkan bandar Taiping dan sekitarnya sama ada dari aspek sejarahnya, pelancongannya, ekonominya, sosialnya dan sebagainya...